Forum NADI MAHIR Pengambilan ke 4 2026
4 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2026, bertempat di NADI Paya Jakas, telah berlangsung taklimat mengenai program NADI MAHIR yang dianjurkan oleh NADI. Pihak NADI telah menjemput beberapa penduduk setempat untuk memberi keterangan mengenai program-program yang ditawarkan di NADI secara percuma sejak Oktober 2024.
Program ini diterangkan dengan lebih teperinci oleh pengurus NADI iaitu cik Fateha serta dapat menarik minat penduduk setempat untuk mempelajari perkara baru yang ditawarkan oleh program NADI MAHIR ini.
Selain daripada itu, NADI telah membuat NADI x Wellbeing iaitu membuka kaunter untuk membuat saringan kesihatan percuma kepada yang hadir.
Diantara program yang ditawarkan secara PERCUMA adalah :
• NADI x Entrepreneur
• NADI e-Kelas Usahawan
• NADI Preneur
• NADI EmpowHER
• NADI KidsVenture
• NADI x Lifelong Learning
• NADI Tiny Techies
• NADI Nurture Dilea
• NADI SkillForge
• NADI x Wellbeing
• NADI x Awareness
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: